Want your
own Fotopage?








 
YANG HAYATI

By: Yang Hayati

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 16-Sep-2008 04:13 Email | Share | | Bookmark
VirginTM London

 

Kelebihan Detoks
Membersihkan dan meremajakan badan
Meningkatkan peredaran darah
Meningkatkan metabolisma
Meningkatkan pencernaan dan asimilasi
Menguatkan sistem imunisasi
Meningkatkan kecantikan kulit, rambut dan kuku
Melambatkan proses penuaan
Meningkatkan daya ketahanan terhadap tekanan
Menguatkan penumpuan dan kefahaman
Menyeimbangkan berat badan

PRODUK-PRODUK

ArTox (Kotak berwarna Merah)
(Arteri dan sistem limpa)

Arteri dan sistem limpa
Arteri membawa kesemua sel-sel darah yang mengandungi oksigen dan makanan kepada seluruh badan supaya sel dapat berfungsi pada tahap optimum; sistem limpa pula membawa toksin dan sisa yang tidak diperlukan, sel-sel mati dan lebihan cecair kepada nod limpa, di mana sisa ini akan ditapis dan disingkirkan sebelum disalur ke salur darah.

Apa itu ArTox?
ArTox dihasilkan secara khususnya bagi membersihkan arteri anda, supaya ia dapat membawa darah yang mengandungi oksigen dan makanan yang tinggi kepada sel-sel di seluruh badan. Ia juga dapat membantu meningkatkan fungsi sistem limpa bagi membawa toksin, sisa kotoran, sel-sel mati dan lebihan cecair melalui nod limpa, sebelum dibawa ke dalam salur darah.

Mengapa saya perlu mengambil ArTox?
Sekiranya arteri tidak dapat membawa oksigen dan makanan yang mencukupi di dalam darah, ianya tidak dapat menjalankan fungsinya secara optimum. Ini akan mengakibatkan pengumpulan toksik di dalam sistem limpa seterusnya menjurus kepada kurang stamina, kurang tenaga, penghasilan selulit, lemah sistem imun dan peredaran darah yang lemah. Dalam jangkamasa yang lama, akan membawa kepada penyakit kardiovaskular seperti arterioklerosis, tekanan darah tinggi, degupan jantung yang tidak sekata.

Bagaimana ArTox berfungsi?
Langkah 1: Meningkatkan peredaran darah bagi menggalakkan penghasilan sel beroksigen
Langkah 2: Menggalakkan penyingkiran toksin dan sisa kotoran daripada sistem limpa
Langkah 3: Mengurangkan tahap kolesterol darah dan trigliserida
Langkah 4: Menyeimbangkan tekanan darah

Apa yang anda jangkakan?
• Membantu mengurangkan kesejukan kaki dan tangan
• Meningkatkan peredaran darah
• Meningkatkan profil lipid (meningkatkan tahap kolesterol HDL dan mengurangkan kolesterol LDL dan trigeliserida)
• Menyeimbangkan tekanan darah
• Membantu meningkatkan stamina dan prestasi bersukan

Siapa seharusnya mengambil ArTox?
ArTox seharusnya diambil oleh individu:
• Kurang bersenam contohnya kurang daripada 3 kali seminggu
• Peredaran darah yang lemah
• Rendah atau tinggi tekanan darah
• Degupan jantung yang tidak sekata
• Profil lipid yang kurang baik (tahap keseluruhan kolesterol, kolesterol LDL dan trigeliserida yang tidak normal)
• Atlit dan orang yang bersukan perlu mengambil ArTox bagi meningkatkan tahap stamina dan prestasi dalam bersukan.

ArTox mengandungi epal, astragalus, chamomile, teh hijau, beri hawtorn, honeysuckle dan ginseng Siberian, di mana dapat membantu menulen dan membuang toksin dalam darah serta meningkatkan penyingkiran toksin dan sisa kotoran daripada sistem limpa.

Krisis Penyembuhan
Semasa proses detoksifikasi, badan akan mengalami rasa sakit otot, penat dan berpeluh. Jangan terperanjat jika badan anda bertindak sedemikian kerana ini adalah normal. Simptom ini menunjukkan tahap ketoksikan badan anda. Merasai simptom ini adalah tanda yang positif dan ia menunjukkan bahawa badan anda sedang mengalami proses penyingkiran toksin. Simptom ini akan hilang dengan segera dan pada masa yang sama anda harus minum air yang banyak dan pastikan mendapatkan rehat secukupnya, bersenam setiap hari dan mengetahui kelebihan yang bakal anda perolehi selesai proses pembersihan.


GiTox (Kotak berwarna kuning)
(Saluran pencernaan)

Saluran pencernaan
Saluran pencernaan di dalam sistem badan manusia berfungsi menerima, mencerna serta menyerap makanan bagi mendapatkan tenaga dan nutrien serta mengeluarkan sisa makanan yang tidak diperlukan. Saluran pencernaan terdiri daripada perut, duadenum, jejunum, ileum, kolon, rektum serta anal.

Apa itu GiTox?
GiTox diciptakan khusus untuk membersihakan saluran pencernaan bagi meningkatkan penghadaman, penggunaan dan penyerapan nutrien. Ia membantu mengelmusi dan menyingkirkan lemak dan minyak di dalam usus dan membantu mengawal berat badan. Ia juga mempercepatkan pergerakan garam hempedu bagi membersihkan pundi hempedu dan saluran hempedu.

Mengapa saya perlu mengambil GiTox?
Pengambilan makanan yang berproses, rendah kandungan serat, mengandungi lemak haiwan, pengambilan antibiotik dan kurang bersenam boleh menyebabkan peningkatan dan pengumpulan toksik dalam saluran pencernaan dan menjurus kepada gangguan dalam sistem pencernaan seperti ketidaksempurnaan pencernaan, sembelit, sakit perut dan lain-lain. Jika ianya tidak dicegah pada peringkat awal, seseorang boleh menderita mendapat penyakit kolorektal atau kanser kolon.

Bagaimana GiTox berfungsi?
Langkah 1: Meningkatkan pergerakan usus bagi mengeluarkan sisa dan toksin
Langkah 2: Meneutralkan asid perut bagi membebaskan gas dalam perut
Langkah 3: Menyingkirkan lendiran dan mendapan pada dinding usus
Langkah 4: Meningkatkan pergerakan hempedu bagi membersihkan pundi hempedu dan saluran hempedu
Langkah 5: Memulih dan merawat mukosa yang terdapat pada saluran membrane usus

Apa yang anda jangkakan?
• Pergerakan usus yang berterusan
• Berat badan yang ideal
• Penyerapan nutrien yang baik
• Membantu meningkatkan keadaan pencernaan seperti kekembungan, cirit-birit, kekembungan, sembelit atau angin
• Mengempiskan perut anda

Siapa seharusnya mengambil GiTox?
GiTox seharusnya diambil oleh individu:-
• ingin mengawal berat badan (terutamanya yang mempunyai berat badan yang berlebihan)
• kerap makan di luar
• mengambil kurang daripada 5 hidangan sayuran dan buahan sehari
• mempunyai diet makanan yang rendah serat, tinggi lemak, garam dan kolesterol

Kepada sesiapa yang seringkali sendawa, kekembungan, angin, gastrik, cirit-birit, sembelit dan lain-lain masalah pencernaan adalah disarankan mengambil GiTox secara kerap untuk meningkatkan kesihatan sistem pencernaan.

GiTox dihasilkan bagi mengekalkan kesihatan salur pencernaan di mana ianya mengandungi angelica, epal, chamomile, kulit kayu manis, halia, peppermint, rose hips, hops, spearmint dan St. John’s Wort. GiTox berfungsi secara nyaman dan berkesan bagi menyingkirkan toksin dan mengekalkan keseimbangan saluran pencernaan. Ia turut membantu pertumbuhan flora baik dalam usus dan menyingkirkan parasit usus bagi meningkatkan pencernaan yang baik.

Krisis Penyembuhan
Anda mungkin akan mengalami kesakitan perut akibat daripada pergerakan makanan di dalam usus selepas 6-8 jam mengambil GiTox, tetapi ianya tidak akan menyebabkan cirit-birit kerana GiTox tidak mengandungi julap. GiTox amat sesuai bagi anda yang inginkan berat badan yang ideal.


LiTox (kotak berwarna ungu)
(Hati)

Hati
Hati adalah organ yang kompleks serta organ dalaman yang terbesar di dalam badan manusia. Ia memainkan peranan yang penting dalam metabolisma (pemecahan nutrient) dan penyerapan (membina tisu badan). Hati juga memainkan peranan dalam penyahtoksian; menapis darah bagi menyingkirkan toksin yang besar, mensintesis dan menyingkirkan hempedu yang penuh dengan kolesterol dan toksin larut lemak serta menguraikan bahan kimia yang tidak diperlukan.

Apa itu LiTox?
LiTox diformulasikan khusus bagi membersihkan hati anda. Ia membantu membuang toksin daripada salur darah, meneutralkan bahan kimia, memetabolismakan lemak, protin dan karbohidrat, menghasilkan kolesterol, hormon tertentu, hempedu dan lain-lain lagi.

Mengapa saya perlu mengambil LiTox?
Makan makanan secara berlebihan atau pengambilan kandungan protin dan karbohidrat yang tinggi di dalam diet, kekerapan mengambil ubatan, alkohol, kafein, terdedah kepada logam berat, racun serta bahan toksik yang lain, ditambah pula dengan kurangnya bersenam boleh membawa kepada pengumpulan toksik di dalam hati. Tanda-tanda menunjukkan hati yang kurang sihat adalah seperti sakit kepala, sukar tidur, loya, letih, pembentukan selulit, kekuningan pada kulit dan mata, kekerapan perubahan emosi, keadaan kulit bermasalah serta pelbagai masalah lagi.

Bagaimana LiTox berfungsi?
Langkah 1: Meningkatkan tahap penghasilan glutathione (anti-oksida) di dalam hati
Langkah 2: Menyingkirkan racun, sisa ubat dan lain-lain bahan toksik di dalam hati
Langkah 3: Meningkatkan penghasilan hempedu bagi pemecahan lemak
Langkah 4: Menggalakkan pergerakan hempedu dan melarutkan garam hempedu di dalam hati
Langkah 5: Me’remaja’kan hati

Apa yang anda jangkakan?
• Meningkatkan kadar metabolik
• Meningkatkan profil lipid (meniggikan tahap kolesterol HDL dan mengurangkan kolesterol LDL dan trigelisedrida)
• Meningkatkan tahap tenaga dan tidak berasa penat, loya atau letih dengan mudah
• Keadaan kulit yang lebih baik
• Merendahkan risiko mendapat batu di dalam pundi hempedu dan penyakit hati lain seperti cirrhosis, demam kuning atau simdrom hati berlemak

Siapa seharusnya mengambil LiTox?
LiTox seharusnya diambil oleh individu:
• yang gemar minum kopi, teh atau minuman berkoko
• mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak dan berkolesterol seperti daging, makanan bergoreng, atau makanan laut
• mengambil ubatan dalam temph yang lama
• simdrom hati berlemak
• tahap kolesterol dan triglisedrida yang tinggi dalam darah
• mempunyai batu dalam pundi hempedu
• mengalami keadaan hati yang mengeras

Perhatian: Sekiranya anda menghadapi masalah kulit yang akibat daripada pengumpulan toksik di dalam hati, anda digalakkan mengambil SkiTox dan LiTox bersama-sama, bagi membantu merawat keadaan hati dan kulit.

VirginTM LiTox adalah 100% teh botani yang membantu membersihkan hati dan pundi hempedu anda. Ia mengandungi dandelion, licorice, campuran beri, milk thistle, chrysanthemum dan kulit oren bagi membantu memelihara kesihatan hati.

Krisis penyembuhan
Sesetengah individu akan merasa letih, dan air kencing berwarna kekuningan dan berbau setelah mengambil LiTox. Jangan risau jika anda mengalami keadaan ini. Ini adalah cara yang normal bagi menunjukkan badan anda sedang melalui proses pembersihan hati di mana toksin dan kotoran sedang di bawa keluar daripada badan. Dinasihatkan mengambil air dengan jumlah yang banyak dan bersenam bagi membantu mempercepatkan lagi proses pembersihan.



KiTox (kotak berwarna biru terang)
(Buah Pinggang)

Buah Pinggang
Buah pinggang terdiri daripada 2 organ berbentuk seperti kacang dan setiap satunya sebesar genggaman anda. Buah pinggang dan salur kencing membantu menapis toksin di dalam darah dan membuangnya melalui air kencing. Ia memainkan peranan penting dalam memproses hasil sampingan daripada makanan dan minuman, bertangungjawab dalam mengawal jumlah cecair yang terkandung di dalam badan dan mengitar-semula nutrien untuk kegunaan akan datang. Tanpa buah pinggang, bahan buangan dan toksin akan terkumpul di dalam darah akan mencapai tahap yang berbahaya dan ini akan menyebabkan kerosakan pada tubuh badan anda. Akibat daripada pengumpulan bahan toksik dan diet yang tidak seimbang, organ penting bagi penapisan toksin ini akan mejadi radang, mudah terkena jangkitan, terbentuknya batu karang atau rosak sama sekali.

Apa itu KiTox?
Kitox diformulasi khusus untuk membersihkan buah pinggang dan keseluruhan saluran air kencing. Buah pinggang merupakan mesin pemprosesan yang canggih; maka pembersihan rutin buah pinggang bukan sahaja dapat menolong mengeluarkan bahan buangan dan toksin daripada darah disamping mengekalkan molekul-molekul penting, tetapi dapat juga mengawal jumlah cairan di dalam badan pH (nisbah asid-alkali), elektrolit dan hormon di dalam darah.

Mengapa saya perlu mengambil KiTox?
Buang pinggang anda memerlukan penyelenggaraan dan pembersihan. Kerosakan pada buah pinggang kerap berlaku dalam jangkamasa yang lama tanpa sebarang tanda. Kefungsian buah pinggang boleh menyusut sebanyak 75% dan pada tahap inilah tanda-tanda kerosakan buah pinggang akan muncul. Walau bagaimanapun, ianya telah terlambat.

Jika ianya dibiarkan tanpa sebarang rawatan, anda mungkin akan berada dalama bahaya, di mana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi dengan sepenuhnya. KiTox adalah ramuan herba yang dihasilkan khusus bagi membantu dan menyokong fungsi buah pinggang dalam menyahtoksin serta fungsi-fungsi yang lain. Oleh itu, kekerapan pembersihan buah pinggang adalah sangat-sangat diperlukan supaya keperluan terhadap ubatan dan pembedahan buah pinggang dapat dielakkan.

Bagaimana KiTox berfungsi?
Langkah 1: Meningkatkan pengaliran air kencing bagi penyingkiran toksin dan kototran
daripada buah pinggang dan saluran kencing
Langkah 2: Menyingkirkan lebihan air dalam badan
Langkah 3: Membuang bahan asing dalam salur kencind (dan prostate)
Langkah 4: Menyingkirkan batu yang dihasilkan dalam buah pinggang
Langkah 5: Meningkatkan kesan anti-bakteria, antiseptic dan anti-radang

Apa yang anda jangkakan?
• Mempercepatkan pengaliran air kencing
• Meningkatkan fungsi buah pinggang-mengawal urea, asid urik dan keratin
• Mengurangkan rasa tidak selesa semasa membuang air
• Mengurangkan radang dan jangkitan pada saluran kencing
• Merendah risiko pembentukan batu karang dan penyakit buah pinggang yang lain
• Mengurangkan berat badan bagi yang mempunyai cecair berlebihan dalam badan
• Mengawal tekanan darah

Siapa seharusnya mengambil KiTox?
KiTox seharusnya diambil oleh individu:
• yang kerap mengambil garam lebih daripada 1 sudu (RDI: 2400mg) setaip hari
• gemar makan makanan tinggi protin seperti daging dan makanan laut
• peningkatan berat badan akibat daripada cecair yang berlebihan dalam badan (dapat membantu menyingkirkan lebihan air daripada badan melalui air kencing)
Kepada pesakit diabetes, tekanan darah tinggi atau mempunyai sejarah keluarga yang menghadapi penyakit yang berkaitan buah pinggang, adalah digalakkan menjaga kesihatan buah pinggang supaya dapat berfungsi dengan baik.

KiTox juga turut disarankan pengambilannya bagi mereka (lelaki) yang menjaga kesihatan prostat dan hubungan rumah tangga.

KiTox mengandungi epal, licorice, rose hip dan hops bagi membantu menyingkirkan toksik dan membersihkan buah pinggang dan sistem saluran kencing.

Anda mungkin akan berasa sedikit letih pada permulaan pengambilan KiTox. Perkara ini adalah biasa, kerana pada peringkat ini, badan anda sedang berusaha kuat mengeluarkan toksin yang berada lama dalam salur darah. Selain daripada itu, anda mungkin akan kerap membuang air kecil dan air kencing tersebut agak berbau dan berwarna kekuningan. Oleh kerana simptom ini, KiTox disarankan pengambilannya pada siang hari.


BlaTox (kotak berwarna biru pudar)
(Pundi kencing)

Pundi kencing
Pundi kencing adalah organ berotot berbentuk seperti belon. Ia terletak di tengah dalam pelvis. Pundi kencing mengumpul air yang disingkirkan oleh buah pinggang untuk dibuang sebagai air kencing. Ia dapat mengembang dan berbentuk bulat apabila sarat dengan air dan dapat memegang air sebanyak 500ml dalam masa 2 hingga 5 jam.

Apa itu BlaTox?
BlaTox dihasilkan bagi membantu mengembalikan keadaan asal pundi kencing di mana berbentuk bulat apabila dipenuhi dengan air dan mengecil semula apabila air disingkirkan.

Mengapa saya perlu mengambil BlaTox?
Sekiranya pundi kencing mengumpul toksik yang berlebihan, anda dapat merasakan kesakitan semasa membuang air, jangkitan pada saluran kencing (UTI), kencing tidak lawas, air kencing berwarna gelap dan berbau. Jika dibiarkan, pembentukan batu karang akan terjadi di dalam pundi kencing, pembiakan bakteria, pundi kencing tidak dapat menampung air dan pelbagai lagi.

Bagaimana BlaTox bertindak?
Langkah 1: Memperbanyakkan air kencing bagi membantu penyingkiran toksin
Langkah 2: Memulihara pundi kencing daripada pembiakan bakteria, yis dan mukosa
Langkah 3: Mengurangkan radang akibat jangkitan

Apa yang anda jangkakan?
• Mengurangkan jangkitan saluran kencing yang sedia ada
• Mengurangkan cecair (mukosa) yang keluar
• Memperbaiki kebocoron pundi kencing
• Mengurangkan risiko mendapat batu karang
• Mengurangkan risiko mendapat pembentukan pundi kencing yang tidak normal

Siapa seharusnya mengambil BlaTox?
BlaTox seharusnya diamibil oleh individu:
• yang kerap membuang air kecil
• mengeluarkan lendiran
• mempunyai batu karang

BlaTox terdiri daripada herba semulajadi seperti hibiscus, uva ursi, licorice, spearmint dan cranberries yang membantu membersihkan pundi kencing daripada kotoran dan toksin.

Krisis penyembuhan
Semasa melakukan pembersihan pundi kencing, sesetengah individu akan merasakan keadaan yang tidak selesa. Terdapat banyak tanda-tanda semasa proses pembersihan berlaku, di antaranya ialah kekerapan membuang air kecil, air kencing yang berwarna kuning dan agak berbau. Simptom ini akan hilang dengan segera selepas sahaja toksin dikeluarkan daripada badan. Oleh kerana terdapat simptom seperti yang dinyatakan di atas, BlaTox disarankan pengambilannya pada siang hari.


LuTox (kotak berwarna hijau)
(Paru-paru)

Paru-paru
Paru-paru merupakan organ yang besar terdapat dalam badan manusia. Ia berfungsi dalam sistem pernafasan di mana membenarkan oksigen masuk ke dalam salur darah dan mengeluarkan karbon dioksida sebagai sisa. Sekeping paru-paru berbentuk seperti span berwarna merah jambu yang dipenuhi dengan lubang-lubang halus. Lubang-lubang halus ini diserakkan dengan jaringan salur darah yang nipis dan halus bagi membolehkan paru-paru mempunyai luas permukaan yang besar.

Dalam keadaan yang berjerebu, berdebu dan berhabuk, sekiranya habuk atau kotoran halus masuk ke dalam paru-paru, ini akan mengganggu kekenyalan paru-paru dan laluan udara ke paru-paru. Keadaan ini akan menyukarkan pernafasan di mana laluan udara di dalam paru-paru tidak dapat kembali kepada keadaan normal serta kotoran dan habuk yang masuk tidak dapat dikeluarkan semula. Tambahan lagi, sel-sel akan menghasilkan lendiran yang banyak bagi memerangkap kotoran tersebut menyebabkan paru-paru sukar untuk mendapat udara kerana dipenuhi dengan lendiran.

Apa itu LuTox?
LuTox dihasilkan khusus bagi membersihkan saluran pernafasan, supaya apabila kita bernafas paru-paru akan membenarkan oksigen masuk ke dalam salur darah dan membebaskan karbon dioksida sebagai sisa. Udara yang berkualiti dapat membantu organ berfungsi dengan baik.

Mengapa saya perlu mengambil LuTox?
Oleh kerana keadaan udara yang kerap dicemar kini, sukar untuk kita menjaga kesihatan paru-paru, malah kita bebankannya dengan asap yang tidak diperlukan seperti asap rokok, karbon monoksida daripada kenderaan dan nitrik oksida daripada pembakaran terbuka. Tahap oksigen yang rendah di dalam paru-paru menyebabkan laluan menjadi sempit dan menyukarkan penyinkiran gas yang tidak diperlukan.

Merokok dapat mempercepatkan risiko mendapat kanser. Daripada 10 kes kanser, 9 daripadanya mati akibat merokok dan setiap 15minit seorang akan mati akibat merokok. Kepada yang tidak merokok juga berisiko untuk terbunuh akibat menghidu asap rokok. Sebatang rokok meningkatkan kadar degupan jantung sebanyak 20 kali dalam seminit dan meningkatkan tekanan darah. Sekiranya dapat menghabiskan sekotak rokok dalam masa sehari ianya dapat menghapuskan 500mg vitamin C dalam badan anda yang digunakan untuk menghalang jangkitan serta menguatkan imunisasi. Rokok juga meningkatkan tahap karbon monoksida di dalam darah, di mana ianya mengambil masa 6 jam untuk hilang di dalam saluran pernafasan setelah selesai merokok.

Paru-paru bertoksik boleh menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan seperti tersumbat di bahagian hidung, sinus, catarrh, batuk yang kerap dan berkahak. Jika dibiarkan, seseorang boleh menderita asma, bronkitis, pneumonia atau kanser paru-paru.

Bagaimana LuTox bertindak?
Langkah 1: Memperbaiki pengaliran udara bagi meningkatkan tahap oksigen dalam paru-paru
Langkah 2: Meningkatkan tahap anti-oksida bagi menyingkirkan toksin yang merbahaya seperti nikotin dan udara tercemar
Langkah 3: Meningkatkan penghasilan lendiran bagi membersihkan paru-paru
Langkah 4: Meningkatkan imuniti bagi melawan jangkitan dalaman dan keradangan
Langkah 5: Meghasilkan kesan yang nyaman pada paru-paru

Apa yang anda jangkakan?
• Membersihkan keseluruhan saluran pernafasan teruatamnya paru-paru
• Menyingkirkan toksin yang merbahaya seperti nikotin dan udara tercemar di dalam paru-paru
• Meningkatkan pengaliran udara dalam paru-paru
• Mengurangkan risiko serangan asma
• Kurang tersumbat pada bahagian hidung, terutamanya yang mempunyai resdung
• Memberikan kesan yang nyaman pada tekak, serta mengurangkan batuk dan selsema
• Merendahkan risiko mendapat penyakit berkaitan pernafasan seperti bronkitis, pneumonia dan kanser paru-paru

Siapa seharusnya mengambil LuTox?
LuTox seharusnya diambil oleh individu:
• merokok
• perokok pasif
• bekerja di kawasan industri atau tapak pembinaan
• menghidap asma, resdung, sakit tekak, batuk atau lain-lain penyakit berkaitan pernafasan

LuTox mengandungi angelica, kulit kayu manis, teh hijau, hibiscus, honeysuckle, peppermint, rose hip dan ginseng Siberian. Kombinasi ramuan ini dapat membantu anda membersihkan paru-paru supaya dapat berfungsi dengan baik.

Krisis penyembuhan
Sesetengah individu akan merasakan keadaan yang tidak selesa semasa menjalankan proses pembersihan paru-paru. Tanda-tanda yang akan dapat anda rasakan adalah seperti batuk berkahak yang berwarna kekuningan atau kehijauan. Jangan risau, ini kerana apru-paru sedang melalui proses pembersihan di mana kotoran dan toksin terperangkap di dalam kahak tersebut dan dikeluarkan daripada badan. Keadaan ini akan hilang dengan cepatnya. Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya, minum air yang banyak serta bersenam.


ReTox (kotak berwarna merah jambu)
(Sistem peranakan wanita)

Sistem Peranakan Wanita
Sistem peranakan wanita terdiri daripada sepasang ovari, tiub follopio, rahim, vagina, genitalia luaran dan sepasang kelenjar mamari. Sistem ini berfungsi untuk menghasilkan gamet betina, ovum; menghasilkan hormon seks estrogen dan progesteron serta memberikan perlindungan kepada bayi dari dalam rahim sehingga dilahirkan.

Apa itu ReTox?
Akibat daripada emosi yang tidak seimbang, tekanan, kitaran haid yang tidak sekata serta faktor-faktor lain, menyebabkan pengumpulan toksin di dalam sistem peranakan. Seterusnya menjurus kepada haid yang tidak seimbang, penghasilan darah haid yang banyak atau sedikit, haid yang berpanjangan atau seketika, pengeluaran lendiran, darah beku, kekerapan jangkitan pada salur kencing serta tanda-tanda kesakitan sebelum haid. Jika ianya berlarutan, seseorang akan menderita penyakit seperti fibroisis, cyst, ketidaksuburan dan lain-lain lagi.

ReTox dapat melegakan kesengsaraan masalah menopause. Menapause adalah di mana keadaaan seseorang wanita tidak lagi mengalami haid. Ini berkaitan dengan usia serta kehabisan rembesan hormon seks. Semakin kita meningkat usia, kandungan telur yang dihasilkan bagi tujuan persenyawaan akan berkurangan, sehinggalah satu ketika ianya tidak lagi dihasilkan. Perkara ini adalah normal sekiranya berlaku di usia yang tekah lanjut. Sekiranya tidak, ia adalah berkaitan dengan penyakit. Tanda-tanda awal menapause adalah seperti berpeluh di malam hari, emosi tidak terkawal, haid yang tidak menentu, pengeluaran darah bukan di dalam waktu haid, kekeringan di vagina dan jangkitan pada vagina.

Bagaimana ReTox bertindak?
Langkah 1: Mengandungi phytoestrogen bagi membantu menyeimbangkan hormon
Langkah 2: Membantu peredaran kitaran haid serta pengeluaran darah haid yang sekata
Langkah 3: Membersihkan keseluruhan organ peranakan

Apa yang anda jangkakan?
• Kitaran haid yang sekata
• Mengurangakan pengeluaran lendiran dan darah haid beku
• Purata kehilangan darah semasa haid adalah di antara 10-80ml
• Mengurangkan simptom sebelum haid (PMS) seperti senak di kawasan pelvik, kejang dan senggugut
• Mengurangkan simptom menapause seperti sukar tidur, tekanan dan keradangan
• Merendahkan risiko mendapat fibroid, cyst atau kanser yang berkaitan buah dada, servik atau rahim

Siapa seharusnya mengambil ReTox?
ReTox seharusnya diambil oleh individu:
• pengeluaran darah haid yang banyak
• mengalami haid dalam jangkamasa yang panjang atau pendek
• darah haid beku
• pengeluaran lendir
• simptom awal haid seperti sakit belakang, sakit badan, jerawat dan lain-lain
• simptom menopause seperti kekeringan kulit, pengelupasan dan lain-lain

Ramuan ReTox terdiri daripada ekstrak soya, teh hijau, licorice, bunga cengkih merah, ros hip dan valerian. Formula ini dihasilkan untuk membantu meningkatkan kesihatan, kekuatan, tenaga, serta seimbang dalam kesihatan sistem peranakan secara menyeluruh.

Krisis penyembuhan
Anda mungkin akan berasa tidak selesa selepas mengambil ReTox, contohnya seperti sakit kepala dan haid yang banyak. Simptom ini dinamakan proses pemulihan di mana badan akan bertindak bagi mengeluarkan kotoran dan toksin yang berada lama di dalam salur darah kita. Merasai tanda-tanda ini adalah situasi yang positif di mana, kita dapat mengetahui tahap ketoksikan badan kita. Situasi ini akan berakhir segera, pada masa yang sama minum air yang banyak dan pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi.


SkiTox (kotak berwarna oren)
(Kulit)

Kulit
Kulit merupakan organ yang terbesar pada badan manusia. Setiap liang pada kulit akan menyingkirkan kotoran dan peluh dan kelenjar sebum membantu menyingkirkan toksin. Kulit bertindak sebagai cermin terhadap apa yang berlaku di dalam badan. Radikal bebas dan cahaya lembayung ungu di persekitaran boleh memusnahkan sel-sel kulit menyebabkan penuaan.

Apa itu SkiTox?
SkiTox dihasilkan bagi membersihkan kulit anda, supaya setiap liang-liang kulit berupaya menyingkirkan kotoran dan peluh serta menjadikan kulit anda sihat dan bersih.

Mengapa saya perlu mengambil SkiTox?
Sekiranya kulit anda tidak beruapaya menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh badan seperti kotoran, peluh dan toksin, liang-liang akan tersumbat dan menyebabkan keadaan kulit yang bermasalah seperti muram, ruam, jerawat, berminyak, jeragat dan sebagainya. Jika berlarutan, seseorang boleh menghidap eczema, dermatitis, jerawat, alergi dan bau badan. Adalah disarankan supaya kerap membersihkan kulit bagi mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan bermaya.

Bagaimana SkiTox bertindak?
Langkah 1: meningkatkan perpeluhan bagi membolehkan kesemua kotoran dan toksin keluar melalui laing-liang kulit dan kelenjar sebum
Langkah 2: Bertindak sebagai anti-radang, anti-bakteria dan anti-fungal bagi mengurangkan pembentukan jerawat, ruam, alergi, berminyak dan pelbagai masalah kulit
Langkah 3: Meningkatkan tahap anti-oksida untuk melindungi kulit daripada gangguan radikal bebas

Apa yang anda jangkakan?
• keadaan kulit yang lebih baik
• kecerahan dan lebih berseri
• mengurangkan pembentukan jerawat, ruam, kesan minyak atau jeragat
• bau badan yang berkurangan
• mengurangkan risiko kanser kulit

Siapa seharusnya mengambil SkiTox?
SkiTox seharusnya diambil oleh individu:
• kulit muka yang suram dan tidak bermaya
• eczema dan dermatitis
• berjerawat
• bertompok
• berjeragat
• mempunyai bau badan

Tips:
• Kepada anda yang mempunyai masalah jerawat yang serius, anda disarankan mengambil SkiTox bersama dengan LiTox. Ini kerana masalah jerawat yang serius berpunca daripada pengmpulan toksik yang banyak di dalam hati.
• Sekiranya anda mengalami masalah jerawat ketika sedang haid, anda digalakkan mengambil ReTox bersama dengan SkiTox. Herba yang terkandung di dalam kedua produk ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah kulit dan menyeimbangkan hormone.

VirginTM SkiTox mengandungi teh hijau, honeysuckle, epal, kulit oren, chamomile dan daun the juar. Kesemua ramuan yang hebat ini membantu memberikan kulit yang bersih, cantik sihat dan bermaya.

Krisis penyembuhan
Selepas mengambil SkiTox, anda akan berpeluh. Situasi ini terjadi kerana kulit sedang menyingkirkan kotoran dan toksin keluar daripada liang-liang roma. Simptom akan hilang dengan segera.


Care to comment?


Friday, 11-Jan-2008 09:07 Email | Share | | Bookmark
Seoul, Korea

 
 
 
 
 
 
Jenjalan tengok negara org..best giler, sebab mana pernah main salji...






Feel free to visit my page to get RM21 for free right now!!
Enjoy your money ya
http://fotografiklance.fotopages.com
Sat 10-May-2008 15:50
Posted by:Mr. Dino
Add comment


Sunday, 6-Jan-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
batu caves

 
 

Care to comment?


Thursday, 3-Jan-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
J.Co donuts and coffee

 

Care to comment?


Wednesday, 26-Dec-2007 09:01 Email | Share | | Bookmark
cameron highland

 
 
 
View all 12 photos...



Care to comment?


Wednesday, 12-Dec-2007 21:33 Email | Share | | Bookmark
visiting a friend

Najwan
 
 
View all 4 photos...
Dah lama tak melawat kawan-kawan...so. decide dengan member nak melawat kak nad...one of my housemate dulu2 masa study....kitorang dijamu dengan beehun hailam...sedap.thanks kak nad...then, kitorang main2 dengan baby dia...tak sangka, sekejap je masa berlalu, kak nad dah ada dua baby dah (najwan n nukman)...so cute...


Care to comment?


Saturday, 25-Aug-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
kuih raya....

tuang tepung
bancuh adunan
letak dlm loyang pembakar
View all 6 photos...
teringin nak bagi mak ayah rasa kuih raya buatan sendiri....so, apa lagi...mulaaaa!!!


Care to comment?


Wednesday, 15-Aug-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Akid was warded...tul ke english aku nie

 
 
 
View all 5 photos...
Ihtisam Akid nie anak kawan aku....dia kenen jangkitan....kesian tul tengok budak setahun 5 bulan nie kene dok bilik kuarantin....risau berjangkit dengan budak2 lain....but, this kis is cool guyz...check this out


Care to comment?


Thursday, 12-Apr-2007 20:03 Email | Share | | Bookmark
Ainul's wedding

 
 
 
View all 6 photos...
kamera nie takleh tempat gelap....so gambar tak berapa clear...




Care to comment?


Thursday, 15-Mar-2007 03:49 Email | Share | | Bookmark
Alamak kena tag lah plak...

1. Dlm banyak2 tahi, tahi cicaklah yang paling geli. Kalau depan mata ada tahi lain, leh buat derck jer, tapi kalau 'ada tahi cicak, jadi loya tekak.
2. Kalau buat kerja sambil dengar lagu (pakai headphone), susah nak berenti. Sedar2, semua 'officemate dah balik. Rupanya dah malam...bahaya tau
3. Kalau naik keta, mesti nak mencilok. Nak g kedai cik joyah blakang umah pun nak mencilok..penyakit dah ni
4. Pantang duduk depan cermin. Mesti cakap sorang2. Kadang2 sampai lengkap satu drama. Bukannya gila, tapi mungkin teringin nak jadi pelakon tak dapat...hehehe
5. Suka sangat makan nasi panas2 dengan kicap dan telur goreng. Kalau lah dapat tiap2 hari, besar ikan buntallah aku. Nasiblah sedar cepat. Favourite tuuuuu...
6. Kalau tengah dengar kawan bercerita, fikiran suka menerawang. Tak pernah faham pun apa orang cerita. Kalau suruh cerita balik, sah tak boleh... . Masalah btul aku nie...

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.